Siapakah Mary Kay??
Mary Kay Ash dilahirkan pada 12 Mei 1918, di Hot Well, Texas.
Beliau adalah pengasas kepada Mary Kay.
Beliau menubuhkan syarikat ini pada 1963 ketika beliau berumur 45 tahun.
Beliau seorang pemimpin berwawasan yang memulakan syarikat ini kerana beliau ingin memberikan wanita satu peluang yg boleh memperkaya kehidupan mereka.
Pada awal 60-an, beliau menyedari bahawa wanita memerlukan peluang untuk mencapai kejayaan kewangan sambil menyeimbangkan kehidupan mereka dengan nilai dan keutamaan yang paling penting kepada mereka
Dan sekarang (2015), 50 tahun kemudian, wanita masih menyayangi Mary Kay,produknya dan falsafahnya. Ini kerana ia sebuah syarikat yang penuh dengan kasih sayang.
Mary Kay Ash mendapat banyak anugerah yang berprestij dan diiktiraf sebagai usahawan wanita yang terunggul dalam sejarah Amerika!

